Sunday, January 20, 2008

Hari Ketiga

Sepatutnya pos ni aku upgrade hari-hari. Supaya perkembangan aku dapat di ketahui oleh semua yang mengenali aku dan struggle aku, tapi semalam, aku rasa aku malas. Entah la, malas ni sepatutnya tidak wujud dalam diri manusia kritikal hendak mencapai kejayaan macam aku ni. Malas itu adalah big M ( Bukan Big Mac ya!) yang mampu menghalang cita-cita murni aku nak jadi Jutawan.
Tetapi aku pelik la, sebelah siang aku bukan main lagi terasa malas, masuk aje matahari aku rasa macam nak cergas pulak. Aku ni creature of the night ke?. Ish, mintak simpang 44,

Ok balik kepada cerita Hi-O yang telah menjebak aku ni.

Sebenarnya, aku ni malas la nak ambik tahu pasal benda-benda macam ni, buat sale, gi jumpa customer, story panjang lebar tetapi at the end, abuk pun tarak. Buek mengabihkan air liur den yo!. Aku ni adalah insan yang percaya pada kerja-kerja keras berterusan dan profesional. Kerja buat hari-hari untuk dapat kesan kerja yang maksima. Aku lebih kepada technical solution.

Yes my friend, I'm a technichianman.

Lebih kurang.

Adakah ini bermakna aku tak percaya kepada kerja-kerja yang menghabihkan air liur untuk mecari rezeki?,

Eh!, dah tentu la aku percaya, kalau tak percaya dah tentu aku tak terjebak!

Infact, sebenarnya, pada suatu ketika dahulu, sewaktu aku masih pelajar di ITM, Arau, aku percaya pada konsep air liur ni. Masa tu aku join jemaah tabligh. Sebab tulah kalau korang nak tahu siapa yang paling pandai goreng dalam bidang bussiness jualan ni, jawapnya adalah orang yang pandai bercerita.

Rata-ratanya budak tabligh pandai bercerita. Dia orang 'jual' benda yang tak nampak dengan mata.

Berita-berita alam samiyat yang sudah tentu kebenarannnya. Dia orang bercerita kisah rasul dan para sahabat aje. Tapi cuba tengok masa tashkil, fuh!. Kalau nak tahu, ciri-ciri budak tabligh yang bakal berjaya jadi salesman, carilah budak tabligh yang pandai tashkil orang untuk buat usaha agama.

Bila seseorang itu bersedia untuk beri nama dan azam untuk keluar jalan allah, itulah yang dinamakan kejayaan taskhil. Dalam business ia dikenali sebagai kejayaan melakukan sale. Dalam usaha dakwah ia dikenali sebagai kemuncak tashkill.

Bila orang hendak beli sesuatu barang sebaik sahaja kita habis bercerita, itulah apa yang dinamakan kemuncak sale. Dalam usaha dakwah, apabila tashkill dibuat (jualan yang paling mahal) dilakukan kebanyakkan orang akan angkat bendera putih, jadi budak tabligh ini akan buat satu taskhill lagi yang lebih mahal (sebenarnya) tapi orang yang dengar tashkill pertama tadi rasa ianya lebih senang dibuat.

Apa itu?.

Solat berjemaah lima waktu sehari semalam. Ini adalah tashkill kedua yang biasanya orang akan rasa...

"Ah!, boleh la, bukan nak kena pergi keluar kemana-mana pun!" dan orang yang tadinya merasa berat nak ikut tashkill pertama, akan ambik option kedua yang sebenarnya lebih kurang aje beratnya.

Dan untuk orang yang biasa jual barang mahal pada client, jual barang barang murah pada client sebenarnya lebih mudah lagi kalau dah cerita barang yang mahal dahulu. He he he he...aku ni kasi kantoi orang-orang Hi-O ke?, tak adala, ini teknik yang konon-konon aku nak practise nanti la, kalau aku dah jadi ahli Hi-O dan pergi jumpa client untuk buat sale.

Konon la...entahkan berjaya entah kan tidak.

Oh yea, hari ni masa aku 354 saat = 5 minit 54 saat

lama tu!.

Thursday, January 17, 2008

Hari pertama.

Ini hari pertama aku memulakan blog Hi-O ni. Kenapa aku mengatal nak buat blog ni?, jawapnya kerana seandainya aku sembuh dari penyakit aku ni. Segala apa yang aku tulis di sini akan jadi testimonial terhadap kebaikkan seorang sahabat aku yang bernama Zahari bin Shamsudin memperkenalkan kepada aku akan barang-barang Hi-O

Member sama-sama buat wiring. Member sama-sama ambik wireman, member sama-sama pernah keje dengan Al Mansur dan sama-sama lepas tu berenti keje dan hari ini, member sama-sama nak berjaya sebagai jutawan Hai-O.

Boleh ke kau berjaya ni?.
Entah,

Namanya pun hari pertama. Tetapi dari semua testimoni yang discan, print, keratan akbar, dan entah apa ke benda lagi yang dah dibuat dek Zahari, aku percaya bahawa kalau ada kesungguhan, insyallah, boleh jadi jutawan.

Dah ada ke yang jadi jutawan?
Dah. lebih kurang 50 orang jutawan Melayu.

Iye ke? tak pernah dengar pun?
Itu tandanya kau malas baca paper, kalau kau baca paper pun kau baca ruangan hip hop, ruangan citra sebelah hip hop tu kau tak baca. Next question

Hi-O ni jual apa?
Produk kesihatan diri dan beberapa barangan untuk kegunaan harian. Antaranya penyuling air yang di kenali sebagai BBA ( Beautiful Bio Aura), korset ( pakaian "ehem" ) wanita, pil -pil kesihatan diri, minyak untuk kegunaan kenderaan dan beberapa barangan lain.

Barangan di buat dari mana?
China. Setahu aku.

Produk kesihatan diri tu ada jaminan halal ke?
Ada, dari China dan dari Jakim.

Dari kementrian kesihatan ada?
Pun ada. Siap ada nombor siri yang saudara-saudari boleh cek dengan kementrian kesihatan.

Tadi, kat atas sekali kau ada cakap yang kau tu sakit?, engkau sakit apa?
Aku ada penyakit jantung. Doktor IJN cakap aku ada heart disease .Setiap hari aku kena makan enam jenis ubat.
Digoxin atau nama manjanya Lanoxin, di makan 1/2 biji sekali, sehari
Diovan atau nama manjanya Valsartan, dimakan 1/2 biji sekali, sehari
Dilatrend atau nama manjanya Carvedilol, dimakan 2 biji sekali, sehari
Furosemide atau nama manjanya Lasix, dimakan 2 biji sekali, sehari
Simvastatin atau nama manjannya Zocor, dimakan 1 biji sekali, sehari sebelum tidur.
dan
Spironolactone atau nama manjanya Aldactone, 1 biji sekali, sehari pada waktu pagi

Berapa lama dah kau sakit ni?
Aku kena masa aku berusia 28 tahun, sekarang aku dah 34, masuk tahun ni lebih kurang 7 tahun.

Masa first year aku kena, Dr suggest aku buat
heart transplant kalau tak dalam one year aku akan 'jalan' . Balik ke rumah, aku menangis, dan aku hilang harapan untuk hidup, jadi perengus dan marah-marah. 1 tahun yang pertama aku suffer bagai nak gila, lima langkah ambil masa lima belas minit, aku menjadi penyendiri, tak nak jumpa orang dan seboleh-bolehnya tak mahu orang jumpa aku. Sehinggalah pada satu masa mak aku terjumpa cikgu lama aku di IJN, bernama Cikgu Mansor, kawan baik arwah ayah aku yang kebetulan orang tua dia pun sakit jantung juga. Cikgu Mansor ni beritahu yang ada orang tua jawa pandai mengurut orang sakit jantung di Kampung Kancung Darat bernama Wak Sairi ( sekarang dah arwah, semoga allah membalas jasa baiknya pada aku). Jadi kami pergi berurut betul-betul seminggu sebelum doktor buat Angiogram, Alhamdulillah selepas pergi berurut tu aku rasa seperti aku dah kebah dari satu sakit yang panjang, selera makan ada balik dan aku dah boleh melangkah lebih jauh dari hari sebelumnya, dah boleh bawa kenderaan dan macam-macam lagilah. Cuma ada beberapa benda yang aku belum boleh buat seperti berlari seratus meter, naik tangga bertingkat-tingkat tanpa berhenti ditengah-tengah dan dua tiga benda lain lagi.

Tadi kau ada sebut Angiogram, angiogram tu apa?

Satu prosedur perubatan yang dibuat oleh doktor untuk memastikan saluran darah ke jantung tak tersumbat. Doktor masukkan sejenis tiub panjang getah kedalam salur
coronary arteries untuk mencari blockages (halangan, biasanya lemak yang berkumpul,) dan kemudianya satu prosedur yang dikenali sebagai angioplasty akan dilakukan untuk samaada membuat satu balon didalam arteri supaya bahagian yang tersumbat supaya terbuka, atau pun boleh juga memasukkan tiub (dipanggil stent) supaya saluran coronary arteries itu sentiasa terbuka, membenarkan pengaliran darah sentisa berlaku. Tetapi kalau kedua-dua prosedur ini tidak boleh dilakukan mereka akan buat satu pembedahan pintasan koronary dimana salur darah tidak lagi melalui bahagian yang tersumba sebaliknya melalui satu salur darah baru yang diambil dari bahagian badan yang lain mengantikan salur darah yang tersumbat itu.

Dalam kes aku, aku tidak ada blockages, ertinya jantung aku tiba-tiba menjadi lemah. Jadi doktor mencadangkan agar aku tukar jantung seketul. Buat heart transplant . Aku tanya doktor macamana jantung aku boleh jadi lemah macam tu. Doktor tu cakap memang ada kes jantung tiba-tiba aje lemah. Aku cakap dalam hati aku nonsense!, habis selama 27 tahun aku pakai ni tak sakit-sakit pun. Ini sakit ni mesti kerana sesuatu asbab.

Apa asbabnya tu?
Ha bab ni best!, bagus soalan tu. Aku ni tak merokok, kalau merokok kemungkinan tu ada. Jadi dah tentu aku hairan bin ajaib, iyelah memang ada patient yang tak merokok pun kena sakit macam aku juga, tapi kenapa?. itu the big questionnya. Setelah meneliti diri aku dengan lebih mendalam dan setelah mengenepikan segala prasangka yang lain, aku rasa penyebab sakit aku ni adalah kerana benda yang aku makan dan benda yang aku minum.

Apa yang kau makan dan apa yang kau minum?
Aku makan banyak benda-benda yang berlemak dan minum banyak air berkarbonat. Jadi, sakit aku ni memang time bom. Tunggu masa aje.

Minum air bergas boleh dapat sakit jantung?, ah!, tipulah!
Menurut pendapat aku, air adalah merupakan source (sumber) kepada kehidupan didunia ini. Kalau sumber yang asas ni dah problem, jangan cakap la benda-benda yang lain tu. Bayangkan la kalau air yang dimasak pun masih ada problem lagi. Dan kau minum air tu bertahun-tahun, agak-agak ada harapan tak kau nak sakit?. Memang la sakit tu tak terjadi dalam sehari dua, dah tentu dia akan makan masa yang bertahun. Kita tak sakit masa muda-muda sebab badan sihat dan kuat, buah pinggang boleh tapis macam-macam, tapi cuba kau tanya buah pinggang tu, suka tak kerja hari-hari?. tak bayar gaji pulak tu. Macam tu jangan katakan buah pinggang, hati, jantung dan organ-organ yang lain semua mesti sakit punya.

Tadi kau cerita pasal jantung, ni dah cerita pasal buah pinggang, jantung dan organ-organ lain pulak?, mana satu kau ni?
kau tak dengar apa aku cakap ni, aku cerita pasal air ya. A-I-R. Ini sumber segala penyakit. Oklah, aku nak tanya kau, kenapa orang yang rajin puasa kurang dapat penyakit?. Ha jawab!

Errrr...err...
Err...errr apa?, kau pikir kalau puasa tu mudharat, allah taala jadikan rukun ke?. Cuba kau pikir dalam-dalam.

He he he he...
Ha tau menyengih. Cuba dulu air BBA tu, nanti kalau ada apa-apa hal baru kita cerita panjang. Sebenarnya memang ada banyak cerita lain lagi. tapi hari ni baru hari pertama. Takkan hari pertama aku nak cerita semua. Pancit la aku. Kau pulak tak nak guna otak untuk berfikir. Lemak la.

Ok? nanti kita sambung hari kedua.